" Permata Cinta - Episod 1 "




HAKIM menarik-narik tali lehernya. Tujuannya hendak melonggarkan ikatannya. Setelah longgar dibiarkan sahaja tali leher itu tergantung di lehernya. Dia menolak tubuhnya ke belakang. Kedua tangannya diletakkan di belakang kepala. Satu keluhan terkeluar dari mulutnya. Penat sungguh rasa tubuh yang sasa itu. Mahu rasanya dia mengangkat kaki dan melunjurkan di atas meja. Tapi langsir bilah di dinding cermin terbuka sedikit. Akan nampaklah dari luar perlakuannya itu. Segan pula rasanya jika staf di luar nampak.


Matanya menjalar ke atas meja yang dipenuhi beberapa fail yang terbuka. Dia sedang meneliti belanjawan dari setiap bahagian di syarikatnya bekerja. Memang kerjanya memerlukan penelitian. Minggu depan semua ketua bahagian akan membentangkan belanjawan mereka. Sebelum itu dia mahu menelitinya terdahulu. Kalau ada soalan dari pengarah kewangan boleh juga dia menjawab.

Bagaikan tersentak, Hakim melihat jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan jam 4.45 petang. Sebentar lagi akan lenganglah ruang pejabat. Dia sudah merancang hendak pulang awal. Awal buat Hakim ialah jam 5.00 petang. Biasanya dia akan pulang sekitar jam 7.00 petang dan ada kalanya lebih lewat dari itu. Malam itu dia ada jemputan makan malam di rumah kawan karibnya, Iskandar.

Hakim mula menutup fail-fail yang bersepah di atas mejanya. Disusun di sudut meja. Setelah itu dia menekan intercom dan memanggil Suraya, setiausahanya.

“Tolong taipkan summary ni. I nak masukkan dalam my analysis report for next week’s meeting,” Hakim menghulurkan beberapa helai kertas yang mengandungi beberapa catatan hasil penelitian fail-fail tadi. Memang tabiat Hakim, sentiasa sahaja membuat catatan tentang apa yang dibaca. Satu tabiat yang dia tidak dapat luputkan dari tahun-tahun dia di universiti.

“Encik Hakim nak sekarang ke?” Tanya Suraya perlahan. Bimbang dia sekiranya Hakim mahukan dia menaip waktu itu juga sedangkan jam sudah bergerak ke pukul 4.50. Hakim tersenyum memandang wajah kecil molek Suraya, “No, not today. Kalau boleh you siapkan esok pagi so that I could go through it.”

Suraya menarik nafas lega. “Macamlah you tak kenal I, Suraya. I ni kan bos yang baik hati.” Usikan Hakim mengundang tawa kecil Suraya. Suraya tahu terlalu jarang Hakim meminta dia bekerja lebih masa. Hakim memang begitu teliti dengan masa. Semua kerjanya dirancang dengan rapi. Dia paling tidak suka jika ada pekerjaan yang tertangguh atau pekerjaan yang terpaksa dilakukan dengan tergesa-gesa.

“Ada date ke sampai susah hati kalau kena overtime?” Usik Hakim lagi. Suraya senyum sahaja diusik Hakim lagi.
“Fail-fail ni nak disimpan, Encik Hakim?” Suraya meletakkan tangan di atas fail-fail yang baru disusun oleh Hakim.
“Eh, taklah. I still need them until next week.”
“Anything else, Encik Hakim?”
“Takda. Thanks, Suraya.” Suraya berpaling dan berjalan keluar.

Hakim keluar dari pejabatnya dan kebetulan Suraya juga mula bergerak hendak meninggalkan mejanya.

“Encik Hakim balik awal hari ni?” Tanya Suraya. Dia memang sedia maklum yang bosnya itu memang komited dengan kerja. Cuma sekali dua sahaja dia pulang seawal jam lima petang.

“Malam ni ada jemputan dinner. Makan free dan ada teman,” jawab Hakim sambil tersenyum.
“Hmmm dengan buah hati ke?” Suraya cuba mengusik.
“Eh takkanlah buah hati belanja I. Kalau I ada buah hati, I saja yang akan belanja buah hati I tu.”

Berderai ketawa mereka. “Kawan baik I masa kat Australia dulu ajak makan malam kat rumah dia.” Suraya hanya angguk. Mereka menaiki lif. Waktu-waktu begitu lif memang agak sesak. Masing-masing berpusu hendak pulang. Suraya turun di tingkat bawah sementara Hakim ke basement.

Sewaktu melalui hadapan bangunan pejabatnya, Hakim terlihat Suraya sedang masuk ke dalam sebuah kereta. Kebetulan Suraya juga terpandang dia yang sedang bergerak di sebelah kereta itu. Suraya mengangkat tangan dan senyum kepadanya. Hakim sempat melihat pemuda di tempat pemandu, segak, detik hatinya. Betullah gurauannya tadi, memang Suraya ada date. Hakim senyum sendiri, terniat di hatinya hendak mengusik Suraya nanti.

Hakim terkenang emaknya. “Lawa staf Hakim tu.” Hakim memandang wajah emaknya yang sedang meletakkan air teh di hadapannya.
“Staf mana ni, mak?” Tanya Hakim, keningnya berkerut.
“Alah yang duduk kat luar bilik Hakim tu. Suraya?”
“Ooohh, Suraya. Memanglah lawa, Mak. Mak berkenan ke? Besok Hakim tanya dia nak tak dia jadi isteri Hakim.”

Mak Jah memukul bahu Hakim. Terjengket bahu Hakim, tidak sempat mengelak. “Mak cakap betul-betul, dia main-main pulak.” Hakim ketawa.
“Lawa sangatlah, Mak. Susah nak jaga,” Hakim membalas kata-kata Mak Jah.
“Susahlah awak ni, Hakim. Umur tu dah masuk 33, tak kawin-kawin lagi. Bila Mak cakap, awak buat main-main,” muka Mak Jah muncung. Ada rajuk di hatinya dengan gurauan anak lelaki tunggalnya itu.

Hakim mencapai tangan Mak Jah dan menggosok-gosoknya cuba untuk memujuk. “Maaflah, Mak ye,” matanya redup merenung wajah tua emaknya. Jauh di sudut hati Hakim masih ada rasa hiba mengenang kisah lamanya. Kisah yang tidak pernah dia beritahu kepada Mak Jah. Biarlah dia simpan semuanya. Dia tidak mahu emaknya terseret dalam kecewanya.

Bunyi hon mengejutkan Hakim dari lamunannya. Hakim menggerakkan keretanya melepasi simpang empat itu. Ada senyum terukir di bibirnya mengenang emaknya yang datang bulan lepas. Emaknya sampai dari kampung tengahari hari itu. Hakim menjemputnya di stesyen bas. Dia terpaksa meminta emaknya tunggu sahaja di pejabat memandangkan dia ada temujanji yang tidak dapat dielakkan jam tiga petang. Dia minta Suraya tengok-tengokkan emaknya. Di kesempatan itulah Mak Jah sempat menemuramah Suraya. Habis semua dicungkilnya sejarah hidup Suraya. Asal dari mana, umur berapa, emak bapa di mana, sekolah di mana, dulu bekerja di mana. Mak Jah melaporkan semuanya kepada Hakim malam itu. Hakim tertawa. Selama 3 tahun Suraya bekerja dengannya tidak banyak yang dia tahu mengenai Suraya, melainkan apa yang terkandung dalam fail peribadinya. Itupun banyak yang dia sudah lupa.

koleksi cerpen terbaru....next episod tunggu....waaachaaa~


by....miSz zN

No comments: