Doa ku....~

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkan lah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku...
Kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh...
AMIN...Ya Rabbal A'lamin...




by....miSz zN~

arti cinta



aku sendiri belum menemui yang spesificnya...yang mana maksudnya sama bagi semua makhluk dimuka bumi ini...bagi aku cinta itu luas,cinta itu tiada batasan,cinta itu indah...cinta kepada pencipta kita itu abadi,cinta kepada keluarga itu mendamaikan,cinta kepada sahabat itu memberi kita kekuatan,cinta kepada si DIA yang bakal bergelar suami @ isteri itu membahagiakan...cinta mewarnai hidup kita..cinta mengajar kita erti ketabahan,kesabaran,keikhlasan dan memberi kita nafas yang segar setiap masa...namun...lumrah hidup,fitrah hidup kegembiraan dan kedukaan silih berganti....kedukaan itu bukannya pemusnah cinta atau memusnahkan cinta tapi kedukaan juga mampu menjadi pengukuh cinta...kerana cinta mengajar kita erti ketabahan...kerana DIA telah menjanjikan setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...yakinnya kita tentang cinta menjadi kita teguh berjalan dijalan yang lurus...dalam kita meneruskan perjalanan sesekali izikan sesaat kepala berpaling kebelakang kerana kadang kala sejarah silam dapat kita jadikan panduan bagi melangkah lebih gagah dimasa hadapan...semuanya kerana cinta....cinta mutiara yang menyinari hidup kita....namun kini insan kian samar dalam menghayati apa itu cinta...pancaroba yang kian menjadi-jadi masa kini semuanya berpunca dari ketandusan cinta....asa pula yang mempermainkan kesucian cinta...ada yang menjadikan cinta  manisan dibibir semata-mata...tapi tidak menjadi santapan jiwa...jiwa ketandusan dan kehausan cinta hingga butir-butir hitam menggambil ruang dihati insan....mengapa harus direlakan nista-nista itu bermaharaja lela? kembalilah ke pangkal jalan...hidanglah jiwamu dengan kecintaan kepada yang Maha Esa dengan sepenuh jiwa...izinkan kecintaanmu kepada keluarga mengisi ruang dijiwa...izinkan ketulusan cinta kepada sahabat bertahkta dihati dan benarkan jiwamu mencintai setiap apa adanya yang DIA ciptakan kerana setiap yang dia ciptakan adalah yang sempurna...


by....miSz zN~

# rasa cinta #




Salah satu telaga di lubuk hatimu mengalir sejuk hingga muara kelopak matamu.Disanalah relung – relung cinta menemukan ketenanganya.Berdenyut di setiap nadi,menggejolak dalam nurani.Engkau tahu sesakit apapun yang di derita raga,ketenangan jiwa akan membuat semuanya menjadi manis.Rasakanlah,dan rinai hujan turun di negeri tanpa musim.




by....miSz zN~

" Permata Cinta - Episod 2 "


Hakim sampai di rumah Iskandar apabila jam sudah hampir menunjukkan jam enam petang. Bergegas dia turun dari kereta kerana teringat dia belum solat Asar. Nasib baik jalan tidak terlalu sesak.

“Jemput minum, Pak Su,” gadis itu meletakkan dulang berisi air jus tembikai di atas meja. Hakim baru saja hendak melabuhkan punggung di kerusi seusai solat asar. Matanya merenung wajah bujur sirih yang bersih itu. Sudah berkali-kali dia datang ke rumah Iskandar, belum pernah dia berjumpa gadis itu.



“Sudahlah tu, Hakim, cukup-cukuplah tu,” Iskandar bersuara selamba. “Nurin, ini Pak Su kenalkan Hakim, kawan Pak Su dengan Mak Su masa belajar kat Australia dulu. Nurin ni anak sedara Julia,” Iskandar memperkenalkan mereka dan memberitahu Hakim siapa gadis itu. Julia ialah isteri Iskandar.

Nurin hanya memandang sekilas kepada Hakim sambil tersenyum tipis. Dia kemudian terus berlalu ke dapur.

“Anak sedara Julia? Tak pernah jumpa pun sebelum ni,” Hakim bersuara setelah Nurin hilang di balik pintu.
“Bukan anak sedara dia betul. Anak sedara isteri abang Julia.”
“Hmmm sedara jauh tu….” Hakim menghirup jus tembikai. Terasa segar apabila air dingin itu mengalir masuk ke tekaknya.
“Engkau jangan tak tau keluarga Julia tu tak ada yang jauh. Asal nama sedara je, kira keluargalah.”

“Dia buat apa kat sini?” Tanya Hakim.
“Baru habis buat master kat UIA. Julia yang minta dia datang nak suruh tengokkan anak-anak kami ni. Pantang ada anak sedara yang free tak buat apa, dia ambil kesempatan.”
Hakim ketawa, “Tak baik engkau cakap macam tu. Julia kan kerja. Ada orang boleh tolong, apa salahnya dia menolong Julia.”

Iskandar memang jenis mengeluarkan apa yang ada di fikirannya. Terlalu jarang dia berselindung. Ada bagusnya kalau begitu, jelas kejujuran Iskandar apabila berhadapan dengan sesiapapun. Tapi ada kalanya mengundang rasa tersinggung pada orang yang mendengarnya. Hakim sangat maklum dengan perangai Iskandar.

“Kalau nak minta tolong biarlah kena orangnya. Nurin tu postgraduate holder, suruh jadi baby sitter. Lainlah kalau tengah tunggu result SPM ke,” Iskandar terus berkata-kata. Hakim hanya meneruskan ketawanya.

Makan malam memang menyelerakan. Patutlah Iskandar mengajak Hakim datang malam itu. Nurin yang sampai dari Kuantan tengahari itu ada membawa ikan patin, kiriman ayahnya kepada Julia. Begitu selera Hakim menjamah masak lemak cili api. Apa lagi makan bersama sebuah keluarga begitu. Selalunya dia akan singgah makan di kedai sahaja waktu pulang dari kerja. Dan sudah tentu makan berseorangan

“Hai Hakim, sampai tak angkat muka makan. Berselera nampak?” Julia bersuara.
“Mana nak dapat makan sedap macam ni kat kedai,” balas Hakim.
“Sejak bila you pandai masak macam ni, Julia?” Tanya Hakim.

“Julia masak macam ni? Hish engkau ni macam lah tak kenal Julia. Menu dia kan selalu western je,” Iskandar menjawab sambil ketawa kecil.
“You ni, Yang, suka kutuk I ye.” Julia menjeling manja suaminya.
“Eh memang betul pun. Selalu kalau Hakim datang apa menu you? Chicken choplah, lamb chop lah, mana ada nasi berlauk macam ni,” Iskandar menyambung kata-katanya lagi dalam sisa tawa.

“Eh, kira ok tu. Sesekali pekena western menu,” Hakim cuba meredakan suasana. “I rasa anak sedara you ni yang ajar you masak tak?” Hakim sekadar ingin melarikan mereka dari berpanjangan bertelagah. Nurin yang diam sejak tadi mengangkat muka memandang Hakim.

“Lebihkuranglah tu, Hakim,” jawab Julia. “Tapi kalau you suruh I masak lagi, mintak maaflah ye. Kalau you terasa nak makan lagi macam ni, you tempah ajelah dengan Nurin,” selamba Julia berkata sambil ketawa.

Hakim memandang Nurin dan pandangan mereka bertembung. Nurin cepat-cepat menundukkan kembali wajahnya.

“Chef ada postgrad degree mesti kena charge mahal tak?” Hakim hanya ingin bergurau.
“Kalau nak lagi senang Hakim, engkau ambil kontrak seumur hidup dengan Nurin ni. Tiap-tiap hari engkau boleh makan macam ni,” kata Iskandar. Hakim hanya tersenyum kelat. Dia terasa bagai ada maksud lain di balik kata-kata Iskandar itu. Tawa Julia dan Iskandar berderai. Hakim mencuri pandang Nurin yang tidak lagi mengangkat mukanya.

“Apa hal Mak Su dengan Pak Su ni. Cakap bukan-bukan. Buat macam kita ni takda kat sini je,” hati Nurin berdetik. Rasa malu dengan tamu Mak Su dan Pak Sunya itu. Rasa terkilan dengan gurauan Pak Su yang bagai tidak memikirkan dirinya. Cepat-cepat dia menyuap suapan yang terakhir dan berlalu perlahan ke dapur. Terbantut selera Nurin, sedangkan masak lemak cili api itu memang lauk yang paling dia suka. Nurin berkemas dapur dan membasuh pinggan dan periuk yang dia dan Julia gunakan semasa memasak tadi.

Arina, anak Julia dan Iskandar yang sulung datang merapati Nurin. Dia menarik baju Nurin. Nurin menoleh dan tersenyum. Dia pasti Arina mahukan sesuatu darinya. Arina sudah berumur empat tahun lebih. Tetapi dia mempunyai masalah pertuturan. Julia dan Iskandar menghantarnya ke pakar terapi pertuturan dua kali seminggu. Nurin sedar Julia begitu susah hati dengan kekurangan Arina.

“Mak Su takut nanti bila dia dah mula sekolah ada masalah dengan cikgu dengan kawan-kawan. Nurin cuti nanti boleh tolong tengokkan dia?” Nurin teringat perbualan telefon dengan Julia bulan lepas. Julia meminta Nurin untuk tinggal bersamanya sementara menunggu keputusan peperiksaan akhir dan sementara dia mencari kerja.

Nurin memang sukakan kanak-kanak. Tambahan pula dia anak bongsu. Dari kecil lagi dia teringin sangat seorang adik. Bidang ijazah lanjutan yang diambilnya pun bidang psikologi kanak-kanak. Dengan ilmu yang dia ada boleh juga dia sedikit sebanyak membantu Arina dan mendalami ilmu yang dipelajari dari buku.

“Arina nak apa?” Nurin berteleku depan Arina. Wajahnya muncung. Memang agak payah hendak melihat ceria Arina. Arina menggoyang-goyangkan tubuhnya.

“Mari tunjuk Kak Nurin,” Nurin memegang tangan Arina. Terus saja Arina menarik tangan Nurin dan membawanya ke ruang tamu. Jari telunjuk Arina menunding ke arah sebuah buku di atas lantai.

Nurin ketawa kecil, “Ooooh nak mintak Kak Nurin bacakan buku ye?”
Arina angguk. Nurin duduk dan Arina menuruti.
“Kalau nak suruh Kak Nurin baca, Arina cakap macam ni, Kak Nurin nak baca buku. Cuba Rina cakap,” Nurin cuba untuk memberi galakan supaya Arina berani bersuara.

Arina tunduk sambil tangannya memegang buku tersebut. “Kak Nurin baca....,” perlahan suaranya keluar menyebut perkataan-perkataan itu satu persatu. Nurin senyum puas. Dia mencium pipi Arina dan mula membuka buku.

“Wah! Ini buku baru ye? Siapa belikan ni?” Arina mendongak memandang Nurin. Ada senyum terbit di bibir cilik itu. Dia bagai gembira yang Nurin menyedari yang buku itu buku baru. Dia angguk perlahan dan menoleh memandang ke meja makan. Nurin turut menoleh dan baru dia menyedari tiga pasang mata sedang memerhatikan mereka.

“Pak Su belikan last week,” Julia bersuara. Seperti ada sebak dalam suara itu. Julia bangun dan membawa pinggan makannya ke dapur.

Nurin kembali menumpukan perhatian kepada Arina. Tangannya memegang jari halus Arina dan digerak-gerakkan di helaian muka surat sambil mulutnya membaca dan bercerita tentang isi kandungannya.

Hakim yang masih di meja makan mendengar suara Nurin. Sesekali dia menoleh. Nurin bagai magnet yang menarik kanak-kanak itu kepadanya. Begitu asyik Arina mendengar celoteh mulut Nurin. Adam, adik Arina yang sedang berbaring dengan botol susu juga bangun mendekati mereka. Mata Adam dan Arina tidak berkelip-kelip melihat buku yang penuh dengan gambar berwarna-warni. Adam baru berusia setahun setengah.

“Hei! Menungkan apa?” Terkejut Hakim apabila bahunya ditepuk oleh Iskandar. Hakim tersengih.
“Nak makan ikan termenung pulak ke?” Usik Iskandar lagi.

Mereka sudah selesai makan. Iskandar membantu Julia mengemaskan meja makan. Biasanya dia juga akan membantu mengemas dapur. Tetapi kerana Nurin ada makin ringanlah kerja dia. Iskandar membancuh teh untuk mereka pula.

Hakim senang bila melihat Iskandar begitu. Dia memang ringan tangan membantu Julia di rumah. Julia tidak suka pembantu rumah, “I want only my touch in my house,” itu katanya kepada Iskandar. Walaupun bekerja Julia sedaya upaya membereskan kerja-kerja di rumah. Sebab itu rumah mereka tidak ada perhiasan-perhiasan. Hanya perabut-perabut yang diperlukan sahaja yang memenuhi ruang rumah mereka.

Namun, satu sikap Iskandar yang ada kalanya kurang Hakim senangi. Dia suka mengeluarkan apa yang tersirat di fikirannya. Dia seperti tidak mahu memikirkan perasaan orang lain. Hakim terlalu kenal dengan sikap Iskandar dan Julia. Mereka teman rapat sejak dari Australia lagi. Ada kalanya dia merasa kasihan dengan Julia yang terpaksa menyimpan perasaan.

Semasa di Australia, ada waktu-waktunya Julia melepaskan perasaannya kepada Hakim apabila dia tersinggung dengan sikap Iskandar. Sudah beberapa kali Hakim menyaksikan airmata Julia. Tetapi, yang peliknya Iskandar itu juga yang dipilihnya menjadi suami. Namun, sejak mereka mendirikan rumahtangga enam tahun lalu, Julia tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Hakim. Hakim dengan sendirinya sedia maklum yang Julia meletakkan batasan dalam persahabatan mereka. Memang tidak patut kalau Julia berkata sesuatu yang tidak elok tentang suaminya walaupun kepada teman karib sekalipun. Tambahan pula Hakim lelaki, akan menimbulkan fitnah nanti. Dan Hakim amat menghormati sikap Julia itu.

Hakim merasa serba salah untuk duduk di sofa. Terus dia duduk di meja makan. Sejurus kemudian Iskandar datang dari dapur menatang dulang berisi seteko air teh dan beberapa biji cawan. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja di tengah-tengah ruang tamu.

“Arina, Adam, dah sembilan lebih. Tidurlah pulak. Besok sambung baca dengan Kak Nurin,” Iskandar bersuara. Arina mendongak melihat ayahnya. Iskandar mencubit pipi Arina, “Besok sambung ye?” Suaranya lembut memujuk. Arina angguk. Julia datang mendekati mereka. Dia sudah selesai berkemas di dapur.

“Jom, Arina,” ajak Julia.
“Tak apa, Mak Su. Malam ni biar Nurin tidurkan diorang. Rindulah nak tidur dengan Arina,” Nurin meminta.
Julia senyum senang.

Hakim sudah duduk selesa di sofa. Pura-pura tidak mendengar percakapan Julia dan Nurin. Entah kenapa terbit satu keinginan di sudut hatinya untuk tahu lebih lanjut mengenai Nurin.

“Anak sedara you tu buat course apa?” Tanya Hakim kepada Julia.
“Child psychology,” jawab Julia.
“Patutlah Julia minta tolong dia, Is. Engkau ni pun satu. Memang sesuailah dia tengok-tengokkan Arina dengan Adam,” Hakim memandang Iskandar.
“Eh, apa you cakap dengan Hakim, Yang?” Julia bertanya.
“I cakap Nurin tu bakal postgrad. Tak sesuai disuruh babysit anak kita,” selamba Iskandar menjawab sambil tangannya mencapai tangkai cawan.

“Dia kan cuti sebulan. Sementara nak dapat result dan nak cari kerja, biarlah dia tengokkan Arina tu. Mana tahu Arina can have better progress with her,” Julia menerangkan.
“Hmmm, betul tu, Is. She’s qualified. Aku tengok pun anak-anak engkau suka dengan dia. That’s a crucial factor,” Hakim menyokong Julia.

Iskandar hanya tersengih. Dia tahu dia sudah kalah. Ada kala dia merasakan Julia itu lebih matang dari dirinya.

Mereka berbual-bual tentang perkembangan diri masing-masing. Tentang kerja, tentang keluarga di kampung. Tentang kawan-kawan lama. Namun apabila mengenang waktu-waktu dahulu ada satu nama yang tidak akan terbit di bibir mereka bertiga. Dan mereka bertiga amat maklum akan sebabnya. Hakim meminta diri apabila hari hampir tengah malam.


 by.....miSz zN~

Orang yang mencintaimu..~

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  •  Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms @ ym seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas sms nya, kerana dengan kiriman sms itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”
  • Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke majlis @ pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim sms @ ym. 
 


  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu adalah saat yang berharga untuknya dan saat itu matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu tidak selalu terulang.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu. Kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia boleh.
  • Kalau kamu sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim sms, menelefon, untuk bertanya keadaan kamu kerana dia khawatir tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bukan bukan, seperti menelefon sms @ ym kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim sms. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar. Bahkan dia begitu gembira karena dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.
  • Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan sms dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  •  Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbebani kerananya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



 by...miSz zN~




" Permata Cinta - Episod 1 "




HAKIM menarik-narik tali lehernya. Tujuannya hendak melonggarkan ikatannya. Setelah longgar dibiarkan sahaja tali leher itu tergantung di lehernya. Dia menolak tubuhnya ke belakang. Kedua tangannya diletakkan di belakang kepala. Satu keluhan terkeluar dari mulutnya. Penat sungguh rasa tubuh yang sasa itu. Mahu rasanya dia mengangkat kaki dan melunjurkan di atas meja. Tapi langsir bilah di dinding cermin terbuka sedikit. Akan nampaklah dari luar perlakuannya itu. Segan pula rasanya jika staf di luar nampak.


Matanya menjalar ke atas meja yang dipenuhi beberapa fail yang terbuka. Dia sedang meneliti belanjawan dari setiap bahagian di syarikatnya bekerja. Memang kerjanya memerlukan penelitian. Minggu depan semua ketua bahagian akan membentangkan belanjawan mereka. Sebelum itu dia mahu menelitinya terdahulu. Kalau ada soalan dari pengarah kewangan boleh juga dia menjawab.

Bagaikan tersentak, Hakim melihat jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan jam 4.45 petang. Sebentar lagi akan lenganglah ruang pejabat. Dia sudah merancang hendak pulang awal. Awal buat Hakim ialah jam 5.00 petang. Biasanya dia akan pulang sekitar jam 7.00 petang dan ada kalanya lebih lewat dari itu. Malam itu dia ada jemputan makan malam di rumah kawan karibnya, Iskandar.

Hakim mula menutup fail-fail yang bersepah di atas mejanya. Disusun di sudut meja. Setelah itu dia menekan intercom dan memanggil Suraya, setiausahanya.

“Tolong taipkan summary ni. I nak masukkan dalam my analysis report for next week’s meeting,” Hakim menghulurkan beberapa helai kertas yang mengandungi beberapa catatan hasil penelitian fail-fail tadi. Memang tabiat Hakim, sentiasa sahaja membuat catatan tentang apa yang dibaca. Satu tabiat yang dia tidak dapat luputkan dari tahun-tahun dia di universiti.

“Encik Hakim nak sekarang ke?” Tanya Suraya perlahan. Bimbang dia sekiranya Hakim mahukan dia menaip waktu itu juga sedangkan jam sudah bergerak ke pukul 4.50. Hakim tersenyum memandang wajah kecil molek Suraya, “No, not today. Kalau boleh you siapkan esok pagi so that I could go through it.”

Suraya menarik nafas lega. “Macamlah you tak kenal I, Suraya. I ni kan bos yang baik hati.” Usikan Hakim mengundang tawa kecil Suraya. Suraya tahu terlalu jarang Hakim meminta dia bekerja lebih masa. Hakim memang begitu teliti dengan masa. Semua kerjanya dirancang dengan rapi. Dia paling tidak suka jika ada pekerjaan yang tertangguh atau pekerjaan yang terpaksa dilakukan dengan tergesa-gesa.

“Ada date ke sampai susah hati kalau kena overtime?” Usik Hakim lagi. Suraya senyum sahaja diusik Hakim lagi.
“Fail-fail ni nak disimpan, Encik Hakim?” Suraya meletakkan tangan di atas fail-fail yang baru disusun oleh Hakim.
“Eh, taklah. I still need them until next week.”
“Anything else, Encik Hakim?”
“Takda. Thanks, Suraya.” Suraya berpaling dan berjalan keluar.

Hakim keluar dari pejabatnya dan kebetulan Suraya juga mula bergerak hendak meninggalkan mejanya.

“Encik Hakim balik awal hari ni?” Tanya Suraya. Dia memang sedia maklum yang bosnya itu memang komited dengan kerja. Cuma sekali dua sahaja dia pulang seawal jam lima petang.

“Malam ni ada jemputan dinner. Makan free dan ada teman,” jawab Hakim sambil tersenyum.
“Hmmm dengan buah hati ke?” Suraya cuba mengusik.
“Eh takkanlah buah hati belanja I. Kalau I ada buah hati, I saja yang akan belanja buah hati I tu.”

Berderai ketawa mereka. “Kawan baik I masa kat Australia dulu ajak makan malam kat rumah dia.” Suraya hanya angguk. Mereka menaiki lif. Waktu-waktu begitu lif memang agak sesak. Masing-masing berpusu hendak pulang. Suraya turun di tingkat bawah sementara Hakim ke basement.

Sewaktu melalui hadapan bangunan pejabatnya, Hakim terlihat Suraya sedang masuk ke dalam sebuah kereta. Kebetulan Suraya juga terpandang dia yang sedang bergerak di sebelah kereta itu. Suraya mengangkat tangan dan senyum kepadanya. Hakim sempat melihat pemuda di tempat pemandu, segak, detik hatinya. Betullah gurauannya tadi, memang Suraya ada date. Hakim senyum sendiri, terniat di hatinya hendak mengusik Suraya nanti.

Hakim terkenang emaknya. “Lawa staf Hakim tu.” Hakim memandang wajah emaknya yang sedang meletakkan air teh di hadapannya.
“Staf mana ni, mak?” Tanya Hakim, keningnya berkerut.
“Alah yang duduk kat luar bilik Hakim tu. Suraya?”
“Ooohh, Suraya. Memanglah lawa, Mak. Mak berkenan ke? Besok Hakim tanya dia nak tak dia jadi isteri Hakim.”

Mak Jah memukul bahu Hakim. Terjengket bahu Hakim, tidak sempat mengelak. “Mak cakap betul-betul, dia main-main pulak.” Hakim ketawa.
“Lawa sangatlah, Mak. Susah nak jaga,” Hakim membalas kata-kata Mak Jah.
“Susahlah awak ni, Hakim. Umur tu dah masuk 33, tak kawin-kawin lagi. Bila Mak cakap, awak buat main-main,” muka Mak Jah muncung. Ada rajuk di hatinya dengan gurauan anak lelaki tunggalnya itu.

Hakim mencapai tangan Mak Jah dan menggosok-gosoknya cuba untuk memujuk. “Maaflah, Mak ye,” matanya redup merenung wajah tua emaknya. Jauh di sudut hati Hakim masih ada rasa hiba mengenang kisah lamanya. Kisah yang tidak pernah dia beritahu kepada Mak Jah. Biarlah dia simpan semuanya. Dia tidak mahu emaknya terseret dalam kecewanya.

Bunyi hon mengejutkan Hakim dari lamunannya. Hakim menggerakkan keretanya melepasi simpang empat itu. Ada senyum terukir di bibirnya mengenang emaknya yang datang bulan lepas. Emaknya sampai dari kampung tengahari hari itu. Hakim menjemputnya di stesyen bas. Dia terpaksa meminta emaknya tunggu sahaja di pejabat memandangkan dia ada temujanji yang tidak dapat dielakkan jam tiga petang. Dia minta Suraya tengok-tengokkan emaknya. Di kesempatan itulah Mak Jah sempat menemuramah Suraya. Habis semua dicungkilnya sejarah hidup Suraya. Asal dari mana, umur berapa, emak bapa di mana, sekolah di mana, dulu bekerja di mana. Mak Jah melaporkan semuanya kepada Hakim malam itu. Hakim tertawa. Selama 3 tahun Suraya bekerja dengannya tidak banyak yang dia tahu mengenai Suraya, melainkan apa yang terkandung dalam fail peribadinya. Itupun banyak yang dia sudah lupa.

koleksi cerpen terbaru....next episod tunggu....waaachaaa~


by....miSz zN