..:: Cinta oh cinta ::..

haii terase nk menulis plak senja2 mcm ni...ni pengalaman waktu aku mula berlajar dan mengenal apa itu cinta @ bercinta..
 hanya untuk luahan hati sahaja...zaaassss~


 Semua orang tahu apa itu cinta..cinta adalah sesuatu yang mengasyikkan sesuatu yang menyeronokkan..namun begitu cinta juga boleh melukakan..boleh juga menyakitkan tak semua orang yang bercinta berjaya...ramai yang gagal di tengah jalan namun begitu ada juga yang masih tak serik untuk bercinta..masih ingin terus merasa nikmat cinta begitu jua dengan diriku walaupun aku pernah gagal dan serik dalam cinta namun itu semua hanya sementara diriku kembali mencari cinta aku pun tak tahu mengapa...
Mungkin sudah menjadi fitrah manusia untuk menyayangi seseorang ingin disayangi oleh seseorang dan aku rasa aku telah ketemu dengan cinta yang aku cari aku rasa amat bahagia amat gembira namun begitu diriku diserbu perasaan keliru dan serba salah adakah hanya diriku yang berasa demikian aku tertanya-tanya adakah dikau merasa apa yang kurasa adakah dalam dirimu juga tertimbul perasaan cinta aku tak pasti itu semua namun begitu aku malu dan takut untuk bertanya malu dan takut untuk kecewa aku bimbang andainya jawapanmu akan membuat ku merana
kini aku hanya mampu berdoa,berdoa dan berharap agar dikau faham apa yang bersarang di hati ini telah lama kita bersama walaupun tak bersemuka namun kita kerap berbicara kerap bertanya khabar berita daripada kawan biasa sehinggalah kita berkongsi rahsia berkongsi masalah berkongsi duka aku rasa bahagia bila dikau menemani diriku berbicara denganku walaupun seketika aku tertanya-tanya tidakkah dikau juga berasa demikian
aku sedar cinta tidak boleh dipaksa tidak boleh direka-reka namun aku tertanya-tanya tidakkah sedikit pun dikau merasainya adakah dikau juga berpura-pura adakah dikau menunggu aku untuk bertanya
kini kau sedikit berubah kau mula jauh dari pandangan ku kau tidak lagi seperti dulu kurasakan kau mula menjauhi dari diriku oh apakah salahku padamu adakah kau mula bosan dengan diriku atau kau telah mempunyai teman baru kini ku resah dan gelisah ku takut untuk kecewa namun apakan daya kerana aku sedar tiada gunanya paksaan dalam bercinta kurela berundur demi kebahagiaanmu aku sedar akan takdir hidup.aku akur dengan kehendak Ilahi aku hanya mampu bersabar dan menahan duka di hati
aku hanya ingin kau mengetahui bahawa aku menyintaimu aku menyayangimu maafkanku sekiranya kata-kataku ini membuat kau terkejut dan kurang selesa maafkan aku aku tidak pernah berniat begitu aku cuma ingin kau tahu bahawa amat sukar untuk ku melupakanmu setelah apa yang kita lalui bersama selama ini banyak memori yang kau tinggalkan buatku dan aku tak tahu pernahkah kau kenang akan semua itu
nampaknya aku gagal lagi dalam bercinta aku kecewa lagi dalam bercinta namun aku tak pasti apakah ini semua akan menyerikkan aku semula...ahh cinta oh cinta.....
selesai sudah luahan hati ku ini....~



by......miSz zN~

1 comment:

Unknown said...

apakah makna cinta yg sebenarnya?dulu saya faham apa makna cinta tapi sekarang saya keliru dan saya tak tahu lagi apa maknanya cinta...
klu misz blh bantu saya tlg la bg saya jawapan apa erti cinta dan bagaimana rasanya bila kita dilamun cinta....