kenali personaliti seorang yang bergelar.....LELAKI

Anda Tergolong Lelaki Jenis Apa?Adakah teman lelaki anda seorang yang pemarah, cepat mengamuk, pendiam, pemaaf, cepat, merajuk atau lembut hati? Atau adakah dia seorang yang perasan atau tidak. Penting buat wanita mengetahui jenis lelaki yang didampinginya kerana ia akan membantu anda menangani pelbagai masalah yang timbul antara anda berdua.

LELAKI MANJA
Anda jangan terkejut sekiranya ada lelaki yang sukakan barang permainan seperti teddy bear. Ia khas untuk lelaki yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Mereka ini berjiwa lembut dan penyayang. Barang yang menjadi miliknya akan dijaga dengan rapi. Begitu juga dengan anda jika anda menjadi buah hatinya, dia akan menyayangi buah hatinya cuma kadangkala anda tidak akan tahan dengan kemanjaannya itu.

Selain barangan permainan, ada juga lelaki yang gemarkan barangan seperti pakaian (seluar, t-shirt, kemeja dan lain-lain) Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantis. Mereka ini sukakan lagu yang romanti, lembut dan berentak perlahan. Mereka tidak akan suka lagu berentak rock, ganas dan metal. Itu paling dijauhi. Minyak wangi juga antara barangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan. Biasanya mereka sukakan minyak wangi yang mempunyai haruman yang lembut dan ada juga bunga-bungaan. Selain itu, kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.

LELAKI MACHO
Berlainan sekali dengan jenis lelaki macho. Mereka ini pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggang kulit, pemetik api, topi keledar untuk motor berkuasa tinggi, beg sandang dan lain-lain. Lelaki macho juga sukakan penampilan yang menampakkan mereka hebat. Kasut but kulit tinggi adalah salah satu pilihan utama mereka. Pakaian juga lain sedikit biasanya gambar dibaju akan menampakkan ciri-ciri kejantanan dan sedikit ganas. Wah! Mereka nampak segak sekali jika baju luar adalah dari jaket kulit. Siapa yang menjadi teman wanitanya, pasti tersenyum bangga dengan penampilan teman lelaki sebegini. Terasa selamat dan dilindungi, mereka juga amat menjaga penampilan diri dan nampak sasa tanpa ada kendur disana sini.

Paling tidak pun, hadiahkannya pemetik api yang berjenama. Itu jika ynag merokok, jika tidak bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit tetapi jangan berikannya terlalu banyak hadiah. Satu dua sudah mencukupi selepas itu suruh mereka menelefon anda setiap malam atau paling tidak pun, Morning Call!!! dan yang paling penting, mereka ini tidak akan meninggalkan cermin mata hitamnya. Ia akan menampakkan dirinya lebih macho.

LELAKI BERJIWA SENI
Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut seperti kaset atau CD yang mengandungi alunan irama yang lembut dan mengasyikkan. Terutamanya lagu-lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja. Lagu-lagu yang mendayu dan menenteramkan jiwa seperti ilham pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatkan dia terasa tenang dan ingat pada anda. Hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.

Juga, anda boleh tunjukkan lagu dan ucapan melalui rancangan radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis. Lelaki yang berjiwa seni ini adakalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan di hari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF
Lelaki seperti ini lebih gemar barang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan. Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Jam tangan berjenama (terutama yang sporty) juga pemberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu emas! Sekurang-kurangnya apabila melihat jam itu, dia akan teringatkan anda. Seluar sukan berjenama terkenal juga antara barangan yang mereka suka selain discman/mp3 yang merupakan hadiah yang paling sesuai.

LELAKI SENSITIF
Opppsss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif kerana begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat. Untuk itu, hadiahkannya sebuah diari. Lelaki sebegini suka menulis dan akan meluahkan perasaannya didalam diari tersebut. Lelaki jenis ini lebih kurang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberian berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian yang sesuai. Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan. Cuma kadangkala anda amat sukar hendak melayan sikap sensitifnya itu.






No comments: