makna disebalik Coklat

Pelbagai mitos yang telah kita dengar berkaitan dengan coklat, Sejak
dari usia kecil lagi ibu melarang kita makan coklat kerana dikhuatiri
akan merosakkan gigi. Bila berganjak remaja, ramai yang mengatakan
coklat boleh menggemukkan dan menyumbang ke arah masalah jerawat!
Pedulikan semua itu! Ia hanya mitos semata-mata... tiada makanan lain
yang mampu menandingi keenakan coklat. Rugi sekiranya kamu tidak
menikmati kelazatan coklat itu dari sekarang! Coklat yang bagaimana kamu
gemari?



PILIH COKLAT WARNA PUTIH, HITAU ATAU CAMPURAN?
 
Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang
kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu
tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.
Coklat susu
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. Bagi
kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah
sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.
Coklat hitam (Dark Chocolate)
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan
selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari
yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian
orang.
Coklat campuran (semua rasa)
Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya
dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tidak
ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.

BENTUK COKLAT PILIHAN ANDA? 
  
Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari
kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki
ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain
itu kamu juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang
menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana
terlalu ingin menyenangkan hati orang lain kamu sering terjebak dalam
masalah mereka sehingga kamu sendiri lupa yang masalah peribadi kamu
sendiri masih belum diselesaikan lagi. Kamu juga tergolong antara
individu yang tidak setia dengan pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar
"cuci mata".
Bujur 
Kamu tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan
kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja
walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikiran kamu
memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Kamu juga berwawasan
tinggi dan ini disanjungi oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan
pula, kamu tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia
dirasakan agak membosankan.
Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap
romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di
sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan
sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi
sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya
kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada
inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.

KANDUNGAN COKLAT?
Almond
Keperibadian yang dinamik. Kamu akur pada perubahan. Kejayaan adalah
matlamat utama dalam agenda kehidupan kamu. Kamu juga tergolong antara
individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga
mampu kamu selesaikan. Walau bagaimanapun kamu perlu berhati-hati
memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana
dikhuatiri kamu akan memberi perhatian secara berlebihan.
Karamel cair
Kamu yang dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara,
semua tugasan yang kamu perlu selesaikan pasti berjaya direalisasikan
dengan baik. Selain itu, kamu juga seorang yang murah hati. Kamu gemar
berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Kamu
juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika
membeli belah.
Karamel keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, kamu juga seorang yang
berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam
kamus hidup kamu. Bagi kamu masa adalah wang. Kamu hidup untuk bekerja,
semua yang diraih adalah hasil kerja keras kamu. Sayangnya kamu sering
tidak menghiraukan pendapat orang lain yang kadang kalanya boleh
diterima pakai.
Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan
fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam
membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu
sering dikata pemalu oleh teman-teman.
Kacang tanah
Bagi kamu, semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah. Kamu
sudah cukup bahagia dengan hidup kamu. Sayangnya, kadang-kadang kamu
akan berasa kesepian di dunia kecil yang kamu ciptakan sendiri. Cubalah
sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan kamu
akan menjadi lebih bermakna.
Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Kamu sangat yakin
dengan apa yang kamu lakukan. Kamu adalah individu yang tidak pernah
ketandusan idea. Kamu tidak pernah membataskan kehidupan kamu dengan
peraturan, melainkan kamu yang buat sendiri.

psstttt....saye suka coklat hazelnut...

No comments: